Pejabat Daerah Lubok Antu

SEJARAH PEJABAT DAERAH LUBOK ANTU

    Pada masa dahulu, masyarakat tempatan biasanya menyebut dan menganggap ‘Office’ sebagai Kubu (mungkin mereka belum terdedah dengan istilah Office’). Ini bermakna Kubu pada masa itu mempunyai dua makna iaitu Kubu sebagai tempat perlindungan dan pertahanan semasa perang dan Kubu juga berfungsi sebagai ‘Office’.

    Kubu yang pertama telah didirikan berhampiran dengan batu yang telah di’pansap’ oleh Bunga Nuing. Namun begitu, Kubu tersebut telah dibakar oleh Ngumbang semasa ‘Kayau Anak’. Selepas itu, masyarakat tempatan telah bergotong-royong untuk mendirikan sebuah lagi Kubu di tempat yang sama. Kedua-dua buah Kubu tersebut berfungsi sebagai Pusat Pentadbiran di daerah Lubok Antu dan mempunyai rekabentuk yang menyerupai sebuah Kubu.

     Walau bagaimanapun, semasa pemerintahan Jepun di Borneo dan daerah ini khasnya, Kubu tersebut telah dibakar oleh Penghulu Jimbun (kemudiannya berpangkat Pengarah). Ini disebabkan oleh masyarakat tempatan yang mula menyokong Jepun dan menentang British kerana tidak mahu membayar ‘Pupu’ atau cukai dan tidak suka kepada pemerintahan beraja.

    Buat masa ini, tapak bekas kedua-dua kubu tersebut telah digunakan bagi pembinaan sebuah taman mini. Kedua-dua buah kubu tersebut telah dibina daripada kayu-kayan tempatan iaitu berlantaikan kayu jinggau; berdindingkan betung (sejenis buluh) dan beratapkan daun apung (nipah). Keduanya berfungsi sebagai tempat mengurus dan mentadbir termasuk memungut ‘pupu’ atau cukai. Pada masa itu, cukai dibayar dengan barang seperti ‘Chapan’ (Nyiru), ‘Perampan’ (Tikar), ‘Sintong’ (Raga untuk menuai padi), buah pisang dan lain-lain jenis barang.

    Semasa Sir Gilbert Roger Harris Arundell menjadi Residen Bahagian Kedua, beliau telah memainkan peranan yang penting di dalam mentadbir daerah ini. Beliau telah menjadikan kedua-dua buah kubu tersebut sebagai pusat pentadbiran daerah ini. Beliau juga dikatakan telah berkahwin dengan seorang gadis Iban bernama Sendie yang berasal dari Entanak, Betong. Semasa beliau berkuasa di daerah ini, beliau telah menahan empat orang lelaki Iban yang balik dari ‘Ngayau’ atau berperang di salah sebuah daerah di kalimantan. Mereka ialah Pong, Ajon, Mikai dan Sunying. Kemudiannya mereka berempat telah dipenjarakan di Simanggang kerana membawa ‘Antu Pala’ atau kepala musuh yang mati dibunuh.

    Setelah Penghulu Jimbun membakar Kubu yang kedua semasa kedatangan Jepun di Borneo amnya dan daerah ini khasnya, Sir Arundell telah melarikan diri ke Ulu Wong Mepal di nanga Panas iaitu salah sebuah tempat di Ulu Ai. Beliau telah mendapat perlindungan daripada penduduk tempatan seperti Ramba, Ngindang, Kana, Kendawang dan Bunyam. Di Ulu Ai, Sir Arundell telah mendirikan sebuah lagi Kubu dan Kubu tersebut telah dimasuki seekor kijang semasa ia dalam proses penyiapan.

    Dalam masa yang sama, keempat-empat orang lelaki Iban yang telah dipenjara oleh Sir Arundell di Simanggang telah dibebaskan oleh pemerintahan Jepun. Ini disebabkan oleh penduduk tempatan yang mula menyokong pihak Jepun. Sebaik sahaja dibebaskan, Pong, Ajon, Mikai dan Sunying telah berusaha untuk menjejaki Sir Arundell kerana ingin membalas dendam. Akhirnya mereka berjaya mengesan tempat persembunyian Sir Arundell. Mereka telah membunuh Sir Arundell sekeluarga termasuk anjing peliharaannya. Ijau juga dipercayai turut terlibat secara tidak langsung dalam pembunuhan tersebut. Mereka yang memberi perlindungan kepada Sir Arundell juga turut dipenjarakan oleh tentera Jepun. Ramba telah meninggal dunia semasa dalam penjara.

    Setelah penduduk tempatan sedar akan kezaliman tentera Jepun, mereka mula menentang Jepun dan menyokong British semula. Setelah British berkuasa semula di Borneo dan daerah ini khasnya, Pong, Ajon, dan Sunying telah dihukum bunuh oleh pemerintah British tetapi Ijau dikecualikan kerana menjadi saksi di atas pembunuhan tersebut.

    Pemerintahan semula British di Borneo secara tidak langsung turut mempengaruhi pembinaan semua sebuah lagi Kubu di daerah Lubok Antu. Kubu yang ketiga ini didirikan berhampiran dengan tapak Kubu yang lama. Kontraktor yang bertanggungjawab ke atas pembinaan kubu ini ialah Mamat dan Mili iaitu Kontraktor Melayu dari Kuching. Mereka telah mengambil pekerja tempatan untuk mengangkut pasir dengan menggunakan tin dengan bayaran dua puluh sen setin. Kubu yang ketiga ini beratapkan kayu belian. Ia dibina ‘bergantung’ dari tanah dan mempunyai reka bentuk seperti Kubu. Proses penyiapannya juga mengambil masa yang agak lama.

  Kewujudan Kubu Arundell dalam tahun 1912 merupakan asas kepada pentadbiran bagi
Daerah Lubok Antu. Rakyat melihat Kubu Arundell sebagai mercu  kuasa, kewibawaan dan kedaulatan pemerintahan British. Pada zaman  tersebut, pegawai-pegawai kerajaan tidak
ramai dan jabatan-jabatan lain ditempatkan bersama pegawai daerah di kubu ini.

  Kubu Arundell yang kini menempatkan Pejabat Daerah Lubok Antu mendapat namanya
daripada Residen Bahagian Kedua ( Simanggang) ketika itu iaitu Sir Gilbert Roger Harris Arundell. Semasa menjadi Residen, beliau telah menjadikan  kubu berkenaan sebagai pusat pentadbirannya. Semasa penjajahan Jepun, Sir Arundell telah melarikan diri ke
Ulu Wong Mepal di Nanga Panas,namun telah dibunuh oleh beberapa "ngayau"  atau
pengawal peribadinya.

  Kubu Arundell telah didirikan semula setelah beberapa kali dibakar oleh penentang
pemerintahan British. Pembinaan semula yang terakhir bagi kubu berkenaanialah pada
tahun 1947 dan bagi mengenangkan jasa Sir Gilbert Roger Haris Arundell,maka kubu
tersebut telah dinamakan Kubu Arundell.
 



Lakaran Peta Daerah Lubok Antu
 

LATAR  BELAKANG ORGANISASI

    Daerah Lubok Antu  terletak di bawah bidang kuasa pentadbiran Bahagian Sri Aman. Pentadbiran Bahagian Sri Aman diketuai oleh Residen bahagian Sri Aman. Selain Pejabat Daerah Lubok Antu terdapat sebuah lagi daerah di bawah pentadbiran Residen Bahagian Sri Aman iaitu Daerah Sri Aman serta tiga daerah kecil yang lain.

   Pejabat Daerah Lubok Antu terletak di hujung Jalan Arundell, di atas sebuah  bukit berhampiran sungai  Batang Ai. Berhampiran dengan bangunan Pejabat Daerah Lubok Antu, terdapat pejabat-pejabat kerajaan  yang lain seperti Pejabat kastam dan Eksais Diraja, Pejabat Imegresen, Pejabat Pos, Pejabat Pendaftaran Negara, Pejabat KEMAS, Pejabat Kebajikan Masyarakat dan
Pejabat Telekom Malaysia.

   Daerah Kecil Engkilili merupakan satu-satunya daerah kecil  yang terletak di bawah pentadbiran Daerah Lubok Antu. Ianya ditadbir oleh Pegawai Tadbir Sarawak Engkilili yang bertanggungjawab terus kepada Pegawai Daerah Lubok Antu. Pejabat Daerah Kecil Engkilili  terletak di Jalan Selindong, Engkilili di mana ianya berdiri megah di atas sebuah bukit menghadap ke arah sungai Batang Ai.
 
 
 

Senarai Nama Pegawai Daerah  Yang Pernah dan Sedang Berkhidmat
Di Daerah Lubok Antu.

           Nama Pegawai Daerah           Tempoh Berhidmat 
di Pejabat Daerah Lubok   Antu
                        Catatan
1.     Gilbert Roger Harris Arundell
      1939 -  1942
Melarikan diri ke Ulu Batang Ai pada 
1942 untuk mendapatkan perlindungan dari ancaman Jepun. Walau bagaimanapun beliau telah mati dibunuh oleh pengawal peribadinya sendiri.
2.     A.F.R    Griffin       01 Jul 1946 -  24 Nov  1947                               -
3.     H.P.K    Jack *       25 Nov 1947 - 28 Feb 1948                               -
4.     D.L  Bruen *       01 Mac 1948 - 08 Ogos 1948                               -
5.     M.F.A.E.D. Morgan *       09 Ogos 1948 - 25 Nov 1949                               -
6.     R. Rennick *       26 Nov 1949 - 15 Feb 1950                               -
7.     G.A.T  Shaw *       16 Feb 1950  -  30 Sept 1951                               -
8.     I.A.N  Urquhart *       01 Okt 1951 - 28 Mei 1952                               - 
9.     D.C   Walker *       29  Mei  1952 - 14  Mei 1953                               -
10.   M.J  Foster *       15  Mei  1953 - 30 Mac  1055                               -
        Native Officer In-Charge        31 Mac 1955-31 Okt 1955 Lubok Antu :- Umar Kassim 
Engkilili        :- Abang Hj.Husaini Bin 
                       Datuk Abg. Durashid
11.   N.T  Andrew        01 Nov  1955 -  20 Feb  1957                               - 
12.   Peter Tinggom ak. Kamarau*        21 Feb  1957  -  08 April 1938                                -
13.   O.G  Hydock Wilson *        09 April 1958  -  25 Jul 1959                              -
        Native Officer In-Charge        26 Jul 1959     -  18 Ogos  1959       Mohamad Johari Bin Mohidin
14.   M.J  Christie        19 Ogos 1959 - 18 Disember 1959                               -
15.   T.M  Ainworth        19 Dis 1959 - 15 Dis 1960                               -
16.   Native Officer In-Charge        16 Dis 1960 - 10  Mei  1961 Abg.Hj.Husaini Datuk Hj.Abg. Dulrashid
17.   Abdul Karim         11 Mei 1961 - Sept  1963                               -
18.   Mohamad Aton Bin  Saji         Sept  1963  -   26 Dis  1963                               -
19.   Charle  Percy Majeng *         27 Dis 1963 - 28 Jan 1964                               -
20.   M.M  Mcsporran         29 Jan  1964 - 20 Feb 1964                               - 
21.   H.A.L  Ferguson         21 Feb  1964 -  10 Mei 1964                               -
22.   Arni Hj. Lampan         11 Mei 1964 - 05 Okt.1966                               -
23.   Abdul Rahman Hamzah         06 Okt. 1966 - 26 Mei 1967                               - 
24.   Michael Pilo ak. Gangga *         27  Mei 1967 - 12 Sept 1969                               -
25.   Abg. Naruddin Bin Abg. Sarkawi         13 Sept 1969 - 30 Dis 1970                               -
26.   Hussaini Yaman *          31 Dis 1970  -  26 Feb  1971                               -
27.   David Impi          27  Feb  1971 -  10 Feb 1973                               -
28.   Leo Jana Etin *          11  Feb  1973 -  13 Jan 1975                               -
29.   Danson Milai Unting          14  Jan 1975 - 07 Jun 1975                               -
30.   Abdul Rashid Aziz *          08  Jun 1975 - 08 Ogos 1975                               -
31.   Patrick Rigep Nuek          09  Ogos 1975 -  31 Feb 1977                               -
32.  Salleh Bin Yusuf *          01 Feb 1977 - 27 Dis 1977                               -
33.  Dolhan Bin Yunus *          28 Dis 1977  -  19 Sept 1978                               -
34.  Empeni Lang          20 Sept 1978 - 17 Dis 1979                               -
35.  Dolhan Bin Yunus *          18 Dis 1979 - 18 Sept 1980                               -
36. Abg. Zamahari Bin Datuk Abg.Abu 
      Talip *
          19 Feb 1980 - 18 Sept 1980                               -
37.  Abg.Kamaluddin Bin Datuk Abg.Hakim Mohidden           19 Sept 1980 - 3 Jan 1982                               -
38.  Noel Hudson Laga (P.P.B)           01 Jan 1982 - 11 Sept 1982                               -
39.  Leo Jana Etin (A.B.S)*           12 Sept 1982 - 19 Okt. 1983                               - 
40.  Tuan Hj.Dolhan Bin Yunus (P.P.T)           20 Okt 1983 -  22 Mei 1985                               -
41.  Webber Ketit Lugat           26 Mei 1985 - 12 Jun 1987                               -
42.  Edward Sadai Anja           13 Jul 1987   -  15 Nov 1993                               -
43.  Watt lanyau Entaban           15 Nov 1993 - 01 Feb 1996                               -
45.  Roland  Nawe s. Abot           01 Feb  1996 - 05 Dis 1998                               -
46.  George Entigar Joh           06 Dis   1998 - 28 Dis 2000                               -
47.  William @ Nyallau ak Badak*            01 Jan 2001    -     11.3.2004                               -
48.  Hamdan bin Hj. Katang*
12 Mac 2004 - 07 Jun 2004
49.  Masir Kujat*
08 Jun 2004 - sekarang
*   Jawatan memangku
 
 






Kembali Ke Laman Utama