|
|
||
![]() |
![]() |
![]() |
|
(EN. MASIR AK. KUJAT) |
|
Saya ingin mengucapkan terima kasih dan amat berbesar hati di atas usaha semua pihak yang memainkan peranan utama dalam usaha mewujudkan Laman Web bagi semua jabatan kerajaan di Sarawak . Pejabat Daerah Lubok Antu tidak mahu ketinggalan dalam era imformasi yang tercanggih ini. Sesungguhnya usaha ini dapat mengetengahkan daerah Lubok Antu sebaris dengan daerah lain di Bahagian Sri Aman khususnya dan Sarawak amnya. Daerah Lubok Antu adalah sebuah Daerah di Bahagian Sri Aman dengan keluasan lebih kurang 2,338.4 kilometer persegi. Penduduknya berjumlah kira-kira 30,099 orang. Majoriti penduduknya adalah terdiri daripada masyarakat Iban. Kegiatan ekonomi utama penduduk di daerah Lubok Antu ialah terlibat dalam kegiatan pertanian seperti penanaman kelapa sawit, getah dan penternakan ikan dalam sangkar. Pembukaan ladang kelapa sawit di bawah anjuran SALCRA ( Lembaga Penyatuan Tanah Sarawak ) telah memberi peluang kepada penduduk untuk membaiki taraf hidup mereka. Sehingga kini pihak SALCRA telah menanam lebih 8000 hektar kawasan tanaman kelapa sawit yang terletak di kawasan Merindun dan Batu Kaya, Lubok Antu. Di samping itu , kegitan pelancongan merupakan satu aktiviti yang menarik yang terdapat di daerah Lubok Antu. Terdapat beberapa tempat yang menarik di daerah Lubok Antu, antaranya ialah Lanjak Entimau Sanctuary Wildlife, Empangan Hidro Batang Ai, Wong Merah, Air Terjun Marup di Engkilili dan terdapat kemudahan penginapan bertaraf empat bintang iaitu di Hilton Batang Ai, Long House Resort. Jika ingin merasai kehidupan yang lebih mencabar dan baru maka berkunjunglah ke rumah-rumah Panjang di Ulu Batang Engkari dan Delok seperti di Rumah Ugat, Spaya dan Rumah Ngumbang,Sumpa, Delok. Anda akan di sajikan dengan pelbagai pengalaman kehidupan di rumah panjang. Terdapat banyak kemudahan disediakan seperti kemudahan penginapan,kemudahan pengangkutan (air) dan sebagainya. Dengan ini, pihak kami di Pejabat Daerah Lubok Antu berharap saudara dan saudari tidak melepaskan peluang untuk menerokai dan menikmati keindahan flaura dan fauna yang disajikan untuk anda di Daerah Lubok Antu Sekian, terima kasih Bersatu, Berusaha , Berbakti Masir
ak. Kujat
|
| kembali ke halaman utama |