OBJEKTIF DAN FUNGSI PEJABAT DAERAH
LUBOK ANTU
 

Objektif:

a) Melahirkan sebuah organisasi yang boleh membantu dan membimbing semua
   anggotanya dari segi rohani dan jasmani

b) Menjadi ' role model ' kepada semua jabatan dan agensi kerajaan lain di
   Daerah Lubok Antu menjelang tahun 2020; dan

c) Sebagai agen perubahan sikap kepada penduduk luar bandar ke arah sikap yang
   positif  dan dinamik
 



Fungsi:

a)  Merancang, melaksana, menyelaras, mengesan dan melaporkan projek-projek
    pembangunan,

b)  Melaksanakan tugas pentadbiran daerah yang merangkumi pentadbiran institusi
    masyarakat, perkhidmatan statutori dan hal ehwal semasa masyarakat di Daerah
    Lubok Antu

c)  Melaksanakan tugas-tugas mengawal dan mengekalkan keamanan dan keselamatan
    Daerah

d)  Melaksanakan tugas-tugas rasmi kerajaan seperti Majlis Tilawah al-Quran,
    Lawatan Orang Kenamaan/Ahli Yang Berhormat

e)  Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh pihak atasan dari masa ke semasa
 


Kembali Ke Laman UTama