LANJAK ENTIMAU SANCTUARY WILDLIFE
Lanjak Entimau Sanctuary ( LEWS ) telah dibina pada tahun 1983 bertujuan untuk memberi perlindungan kepada hidupan liar khasnya Orang Utan (maias) dan Burung Kenyalang yang terdapat dan tinggal di kawasan hutan ini yang mencakupi seluas kira-kira 168,758 hakter, yang juga merupakan kawasan perlindungan hidupan yang terluas di negeri
Sarawak.( Sila Lihat Peta )
Projek
pembinaan kawasan hidupan liar ini merupakan kerjasama daripada International
Tropical Timber Organization (ITTO) dan Jabtan Perhutanan Negeri
Sarawak (SFD). Antara visi penubuhan kawasan hutan ini ialah untuk
;-
memastikan ekosistem di kawasan tersebut
sentiasa di dalam keadaaan
semulajadi,
;-
dijadikan pusat kajian penyelidikan khasnya berkaitan sains biologi dan
kajihayat
serangga,
tumbuh-tumbuhan dan binatang.
Antara Jeram Yang Terdapat di Taman Hidupan Lanjak
Pembinaan taman hidupan liar ini juga telah mendapat peruntukkan dan penajaan oleh ITTO semenjak tahun1983. Pembangunan projek ini telah dibahagikan kepada beberapa fasa. Fasa pertama memfokus kepada usaha-usaha pengwujudan dan pembinaan manakala fasa yang seterusnya ilah memfokus kepada pemeliharaan pelbagai spesis serangga, tumbuhan dan sebagainya di kawasan berkenaan.
Dedauan
yang jarang dilihat di tempat lain
Buah Engkalak
Buah Tampoi
Pembinaan
Kawasan hidupan liar merupakan satu projek yang penting kepada ITTO bukan
sekadar untuk tujuan perlindungan haiwan,tumbuhan dan ekosistem di kawasan
berkenaan malah ia merupakan satu kawasa perlindungan haiwan yang terletak
disempadan negara dengan Indonesia di mana wujud sebuah taman milik indonesia
berhampiran iaitu Betung Kerihun National Park, Kalimantan Indonesi yang
dibina pada tahun1994. Kerjasama telah wujud antara dua buah negara bagi
memastikan kedua-dua taman ini sentiasa terjaga disamping kerjasama dalam
membinabangun kawasan ini.